| Welcome to SUPERBIKEMALAYSIA.COM. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Minyak RON95 dan RON97 | |
|---|---|
| Topic Started: 3 Sep 2009, 09:36 AM (5,688 Views) | |
| skool_85 | 3 Sep 2009, 09:36 AM Post #1 |
|
Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar? DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar. RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium. Bermula hari ni, klasifikasi penjualan minyak petrol di Malaysia akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2. Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan. Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol. Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik? Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana. Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio? Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana. Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku. Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin. Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo atau Google, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya. Selamat Berpuasa.... ... |
![]() |
|
| wan14 | 3 Sep 2009, 10:49 AM Post #2 |
|
superbikes
|
Nice info.. papepon rege minyak dah naik!!! :tension: :tension: :tension: |
![]() |
|
| zagmariner | 3 Sep 2009, 11:04 AM Post #3 |
|
superbikes
|
salam, pakai aja la ron95. ok apa.. |
![]() |
|
| zzjoe | 3 Sep 2009, 12:47 PM Post #4 |
![]()
bikesless
|
thanks for sharing. tapi kalau rakyat diutamakan, pakai jer RON92, murah lagi petrol kita. |
![]() |
|
| EC225 | 3 Sep 2009, 01:01 PM Post #5 |
|
superbikes
|
memang tepat dan adakah jam casio lebih tahan lama berbanding Brietling? sorry :O'TOPIK: Anyway very good info bro........... |
![]() |
|
| shah79 | 3 Sep 2009, 01:11 PM Post #6 |
![]()
kapcais
|
umpat umpat jam swatch teman lagi tahan (11tahun) dari jam breitling teman... :laugh: :laugh: breitling beli kat lelong.com lol lol |
![]() |
|
| EC225 | 3 Sep 2009, 01:18 PM Post #7 |
|
superbikes
|
hua hua hua............... |
![]() |
|
| jmm_nawie | 3 Sep 2009, 01:18 PM Post #8 |
|
masalah ron bape harga bape tak jadi persoalan sekarang... tapi rakyat ditipu yang menjadi persoalan.... kata harga ron95 sama harga dari masa dikenalkan arietue... tup2... nie dah naik lagi 5sen.... |
![]() |
|
| Hazeri | 3 Sep 2009, 01:30 PM Post #9 |
![]()
superbikes
|
Ala...cam tak biasa lak...hehe lol |
![]() |
|
| Tab | 3 Sep 2009, 01:56 PM Post #10 |
![]()
superbikes
|
Petikan dpd "StarBiz". SBMers sekalian tuk sah risau sepnjang 2009, harga 1.80 akan dimaintainkan The price of RM1.80 for RON95 will be capped at this level for the rest of the year, Zain told StarBiz, referring to a statement earlier by Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beemer ok..... A BMW Malaysia spokesman said there were no problems with RON95, in general, for BMW models although there was no technical data on performance. Yang ni tak ok...... Performance cars such as Suzuki Swift Sport, Honda Civic Type R, Mitsubishi Airtrek Turbo, Mitsubishi Lancer Evolution, Range Rover and Skoda 200FSI are incompatible with RON95. Owners of cars that are incompatible with RON95 will have to fork out an extra RM10 for every 40 litres of RON97 |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| Go to Next Page | |
| « Previous Topic · TECHNICAL DISCUSSION · Next Topic » |











9:26 PM Sep 3