Welcome Guest [Log In] [Register]
Welcome to SUPERBIKEMALAYSIA.COM. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
Bikers Accident @ Muadzam; 4 bikers (MrBC)
Topic Started: 10 Dec 2009, 03:51 PM (17,536 Views)
Barongan
Member Avatar

Al-fatihah...
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
mzac
Member Avatar
superbikes
Al-Fatihah dan salam takziah
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
mr.os
Member Avatar
kapcais
Salam kepada semua warga sbm.Disini saya ingin menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku.

Kami bertujuh,Arwah Cikgu lan,arwah Rosli Bunching,utz Hamzah,sdr Mohidin,sdr Padil,menunggang virago 1100,Cikgu Nazarudin shadow 600 dan saya menunggang V8 dari Bukit Gambir dalam perjalanan untuk ride santai ke Kuantan,Pekan,Rompin dan balik semula melalui jalan Rompin Muazam.Kami bertolak pada pukul.9.00 pagi.Kami tiba di Muazam lebih kurang jam 10.30 pagi,isi minyak,minum.rehat dan bagi yang merokok,kena la sedapur dua.Kemudian kami meneruskan perjalanan.Saya dihadapan,di ikuti oleh sdr Padil,Cikgu Naz,Arwah
Cikgu Roslan,Utz Hamzah,Arwah Rosli dan belakang sekali sdr Mohidin.Kami bergerak dalam kelajuan 90-110 kmj.Tiba ditempat kejadian sebuah kereta dari arah bertentangan secara tiba-tiba masuk masuk kelaluan kami.Saya terus mengelak ketepi jalan,begitu hampir bumper kereta itu dengan lutut saya,mujur saya merapatkan kaki ke tank dan terus terbabas ke bahu jalan.Mujurlah saya dapat mengawal motor saya,tak berani nak brek hanya tutup throtle,control dan naik semula ke jalan raya.Ketika itu baru saya teringat kawan kawan yang dibelakang.Bila saya toleh,dari jarak lebeh kurang 100m,saya nampak motor dan manusia bergelimpangan diatas jalan.
Menurut kata sdr Mohidin, Cikgu naz berjaya mengelak dari dirempoh,motor tak dapat dikawal dan terus terjatuh.Pemandu terus membrek dan kereta menuju ketepi jalan dan terus melanggar Arwah yang sudah cuba mengelak ketepi jalan.Utz Hamzah yang berada di belakang arwah cikgu terus melanggar kerete itu. Ketika ini kereta sudah melintang,arwah Rosli cuba mengelak ketengah,tapi tak sempat dan terus melanggar bhg pintu.Sdr mohidin yang berada dibelakang sekai terus memaut motor kekanan,mengelak motor arwah Rosli,paut kekiri semula untuk mengelak keret dari hadapan terus terjatuh dan menggelungsur.Beliau tidak luka,tetapi bahunya terseliuh.

Yang menyedihkan,ambulance hanya sampai selepas kira-kira 45 minit dari panggilan 999 yang saya buat.

Saya bagi pihak kawan2 dan keluarga mereka,mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi pertolongan secara langsung atau tidak langsung terutamanya Sdr Jefri dai Muazam,sdr naemat dan samurai7Bikers Kuantan yang sentiasa mngupdatekan keadaan terkini utz Hamzah yang bersendirian .Bikers dari Bahau,Rompin dan lain2 yang saya tak ingat.
Terima kasih juga kepada Tuan DO Muar, PPD Muar,YB Hamim Samuri dan semua yang telah memberi pengormatan terakhir kepada kedua dua rakan kita.Kami semua sungguh terharu dengan semangat "WE ARE BROTHERS" yang telah ditunjukkan.
Pukul 2 tadi saya dan sdr Padil telah melawat utz Hamzah dan beliau telah ditemani oleh isteri dan abngnya.Keadaan beliau stabil.Setakat ini tiada kecederaaan lain yang dapat dikesan keuali patah pergelangan tangan,lengan kiri,4 tulang rusuk juga patah.

Sdr Mohidin pula,pagi tadi bahunya dah mula membengkak,nak gi urut katanya.
Cikgu Naza pun katanya sakit seluruh badan.Dah pun gi urut tadi.

Syukur kehasrat Ilahi yeng telah melindungi saya dan yang lain yang terselamat.
Setakat ini dulu report dari saya.Dah mengantuk,esok (hari ni )nak balik sarawak,flight pukul 8 pagi,nak kena bangun pukul 4.00 pagi.

Offline Profile Quote Post Goto Top
 
joez1281
Member Avatar
bikesless
ya Allah..sedihnya dengar berita mcm ni.. :sob: al fatihah..semoga roh mereka yg telah pergi meninggalkan kita dicucuri rahmat Allah swt.. malang tidak berbau..berhati2lah dijalanraya..
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zagmariner
Member Avatar
superbikes
al fatihah.........kepada yg lain semoga cepat sembuh.

berhati2 di jalanraya.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
KAMIZR1
Member Avatar
superbikes
Ya Allah.....

Kenapalah manusia seperti pemandu kereta ni wujud atas jalanraya kita,

Al fatihah, :pray: :pray: :pray:

Offline Profile Quote Post Goto Top
 
myzainal
Member Avatar
bikesless
SubhanAllah.. Alfatihah buat Arwah ckgu Roslan dan Arwah Rosli., Mudahan Allah memberi ketabahan kepada keluarga2 beliau. Utk bikers yg cedera, moga cepat sembuh.. :pray:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
WaNeL
Member Avatar
kapcais
Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar

Innalillahiwainnailaihirojiun...
Al-fatihah buat arwah-arwah dan keluarga..harap dapat kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan ini..
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
raybakh
Member Avatar
superbikes
KuDir
10 Dec 2009, 03:51 PM
salam ,

Di maklumkan oleh Pok Leh , ada kemalangan berlaku di Muadzam melibatkan 4 buah motosikal easyrider di rempuh oleh kereta yg tak lepas memotong .... 1 biker maut ditempat kejadian, 1 maut dihospital dan dua kritikal ... cerita dah di sah dgn abang Raof Muar Bikers.
Samurai Seven (Ktn Geng) dah cuba buat arrangement sebaik mungkin ... insya allah ...


al-fatihah


rgds.
yup, aku baca paper Harian Metro, kancil wanita tu tak lepas memotong lori, terus rempuh rider ni..

Al-fatihah..sedih tul aku baca sampai 2 rider meninggal. :pray:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
man kmn
Member Avatar

Al Fatihah.. moga roh mereka mendapat rahmatNya :pray: :pray:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
Go to Next Page
« Previous Topic · ANNOUNCEMENT · Next Topic »
Add Reply

Although the administrators and moderators of this website will attempt to keep all objectionable comments off these pages, it is impossible for us to review all messages. All messages express the views of the poster, and neither SBM Web Sdn Bhd nor SuperbikeMalaysia.com will be held responsible for the content of any message. We do not vouch for or warrant the accuracy, completeness or usefulness of any message, and are not responsible for the contents of any message. If you find a message objectionable, please contact us using the [Report Abuse] function next to the offending comment post. Any message that does not conform with the policy of this service will be edited or removed with immediate effect. SBM Web Sdn Bhd prohibits defamatory posts.
2006 SUPERBIKEMALAYSIA.COM@All Rights Reserved
Brought to you by SBM WEB SDN BHD(769219-V)
Since 15/3/2006